18 Mei 2014 - Sambutan Hari Guru pada tahun ini disambut dengan begitu meriah. Majlis bermula dengan bacaan doa, diikuti dengan bacaan perutusan dan ikrar guru serta nyanyian lagu Guru Malaysia oleh semua guru SK Jelotong. Majlis juga diserikan lagi dengan beberapa acara menarik seperti persembahan guru, persembahan murid, Anugerah Guru, sukaneka dan pertandingan boling. Jamuan guru sempena Sambutan Hari Guru 2014 telah diadakan di Restoran Long Muhammad, Parit Raja. Tema Guru pada tahun ini ialah "GURU ; PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI".