Bentuk Bunga Raya
Bunga kebangsaan Malaysia
6 Kelompok
6 tahun murid belajar di sekolah
Bintang 12 Penjuru
Umur murid lingkungan 12 tahun
Buku
Lambang ilmu pengetahuan
Tahun 1961
Tahun SK Jelotong ditubuhkan
Hidup Jaya
Kegigihan tunjang kejayaan kehidupan
Bulatan
Kawalan disiplin
Warna Putih
Kesucian dari segi disiplin dan sikap serta akhlak yang mulia
Warna Kuning
Lambang kedaulatan raja dan undang-undang yang dijaga, dihormati dan dipatuhi
Warna Biru
Perpaduan warga sekolah
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Jelotong telah didirikan pada 31 Ogos 1958 setahun selepas tarikh kemerdekaan Negara di atas tanah Lot 1084 Kampung Parit Jelutong, Mukim V1111, Sri Gading, Parit Raja, Batu Pahat, kira-kira setengah kilometer dari jalan utama. Keluasan kawasan sekolah ini 3 ekar dimana 1 ekar yang telah diwakafkan oleh Puan Hjh Sudiah. Manakala selebihnya dibeli oleh penduduk kampung dengan kutipan derma sebanyak RM 15 sekeluarga bagi urusan pembelian tanah dan bahan binaan. Pembinaan bangunannya pula dilakukan oleh penduduk kampung secara bergotong-royong.
Pada awal pembinaannya, sekolah ini hanya mempunyai dua bilik darjah diperbuat daripada kayu yang diusahakan oleh jawatankuasa penaja pembinaan yang terdiri daripada penduduk-penduduk kampung Parit Jelutong. Pengerusi jawatankuasa ialah Tuan Hj. Nordin B. Hj. Hashim. Naib Pengerusi Tuan Hj. Abdul Rashin B. Hj. Salleh, Setiausaha Encik Kardani B. Hj. Markasan dan Bendahari Tuan Hj. Kaprawi B. Hj. Abdul Hamid. Pada Tahun 1961, bangunan tambahan telah didirikan bagi menampung bilangan pertambahan murid.
Sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Hj. Othman B. Hj. Saat, Menteri Besar Johor pada tahun 1962. Yang Amat Berhormat juga telah berbesar hati menderma sebanyak RM 1000 untuk meneruskan pembinaan kelas-kelas tambahan. Pada Tahun 1964, bangunan tambahan telah didirikan oleh kerajaan, bangunan 2 tingkat pada Tahun 1982 dan seterusnya bangunan 4 tingkat pada tahun 2003.
SENARAI GURU BESAR
- En. Kardani B. Markasan (1961 - 1964)
- En. Onn B. Samad (1965 - 1973)
- Tuan Hj. Sulaiman B. Gais (1974 - 1978)
- Yang Mulia Raja Shahadan B. Ishak ( 1979 - 1986)
- Tuan Hj. Maseran B. Haj Omar (1987 - 1998)
- En. Khalil B. Hj. Rasidi (1998 - 2000)
- En. Gonawan B. Mailan (2000 - 2004)
- Tuan Hj. Mohd Daud B. Sumrah (2004 - 2008)
- Tuan Hj. Lokman B. Yunos (2008 - 2010)
- En. Ramlan B. Mamat (2010 - kini)
0 comments:
Catat Ulasan