WELCOME! Panel Penilai TAWARAN BARU New Deal 2014

SK Jelotong Parit Raja 86400 Batu Pahat Johor

Selasa, 21 Januari 2014

Bantuan Persekolahan RM100 / 2014

20 Januari 2014 - Bantuan Persekolahan RM 100 telah diadakan pada hari Isnin bertempat di kantin sekolah. Wang bantuan telah diedarkan oleh guru-guru kelas kepada para ibu bapa yang hadir. Program berjalan dengan lancar dan ibu bapa dibenarkan untuk membawa anak-anak mereka pulang selepas menerima wang bantua...

Ahad, 19 Januari 2014

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 / 2014

17 Januari 2014 - Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 telah diadakan pada hari Jumaat bermula jam 2.30 petang. Majlis telah dirasmikan oleh wakil Yang Berhormat Datuk Hj. Ab Aziz B. Hj. Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Sri Gading iaitu En. Ahmad Fuad Bin Sarbini. Turut hadir ialah Tn. Hj. Abd Kadir B. Abdul Rahim, Yang Di Pertua PIBG SK Jelotong. Persidangan Mesyuarat...

Selasa, 14 Januari 2014

Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Muda 2014

13 Januari 2014 - Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Muda 2014 telah diadakan pada hari Isnin yang lalu bertempat di Dataran Perhimpunan SK Jelotong. Penyampaian watikah telah dilaksanakan oleh En. Ramlan B. Mamat, Guru Besar SK Jelotong. Pada tahun ini, seramai 26 orang murid telah dilantik sebagai Pengawas manakala 25 orang murid dilantik sebagai Pembantu Pusat Sumber dan 12 orang murid dilantik sebagai...

Ahad, 12 Januari 2014

Program 1 Murid 1 Sukan 2014

7 Januari 2014 - Program 1 Murid 1 Sukan bagi minggu pertama persekolahan telah diadakan pada hari Selasa yang lalu. Program ini akan diadakan pada setiap hari Selasa bermula pukul 7.10 pagi hingga 7.50 pagi. Semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 terlibat dalam program ini. Aktiviti yang telah dijalankan ialah Senamrobik yang diketuai oleh En. Azhaan B. Jabir dan Kawad Kaki diketuai oleh GPK Kokurikulum, En. Achari B....