WELCOME! Panel Penilai TAWARAN BARU New Deal 2014
SK Jelotong Parit Raja 86400 Batu Pahat Johor
1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA
2014 - Aktiviti Bersenam
WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN MUDA
2014 - Kegigihan Tunjang Kejayaan Kehidupan
GURU-GURU SK JELOTONG 2014
Guru : Penjana Kreativiti, Pencetus Inovasi
JBA 0049
TRANSFOPRMASI SK JELOTONG
Selasa, 18 Mac 2014
Jumaat, 7 Mac 2014
Program Merentas Desa 2014
Jumaat, Mac 07, 2014
No comments
7 Mac 2014 - Program Merentas Desa telah dijalankan pada hari Jumaat yang lalu dan disertai oleh semua murid SK Jelotong. Guru-guru telah diberikan tugas untuk menjaga checkpoint masing-masing dan mengawal laluan murid. Murid-murid memulakan larian di pintu pagar sekolah merentasi Kg. Parit Bengkok sejauh 4 Kilometer sebelum mengakhiri checkpoint penamat di laluan masuk ke SK Jelotong. Kemudian, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang diadakan di kantin sekolah. Program telah berjalan dengan lancar dan tamat kira-kira jam 11.30 pagi.
Jumaat, 28 Februari 2014
Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda 2014
Jumaat, Februari 28, 2014
No comments
27 Februari 2014 - Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda 2014 telah diadakan pada hari Khamis bertempat di SK Jelotong. Semua Pengawas Sekolah, Pembantu Pusat Sumber, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah diwajibkan menghadiri kursus ini. Kursus ini dikendalikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Jelotong, Pn. Hjh Zaleha Binti Yahya. Turut serta ialah GPK HEM, En. Zamzam Bin Toimin, Ustazah Faridah Bt. Md Said (Guru Disiplin), Pn. Erdayu Bt. Nisnan (Guru Pengawas) dan Pn. Nurazlin Bt. Ramli (Guru Perpustakaan & Media). Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang kursus antaranya 'Ice Breaking', aktiviti berkumpulan dan aktiviti mengenali sahsiah diri. Murid-murid yang berani tampil ke hadapan untuk menjawab soalan telah diberikan sedikit cenderamata sebagai tanda penghargaan. Kursus ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.
Kejohanan Balapan dan Padang MSSC Zon Pintas Puding Kali Ke-47 2014
Jumaat, Februari 28, 2014
No comments
25 Februari 2014 - Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-47 Zon Pintas Puding telah diadakan selama dua hari iaitu pada 25 dan 26 Februari 2014 di Padang SK Parit Raja. Ia dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Zon Pintas Puding. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh wakil Yang Berhormat Datuk Hj. Ab Aziz B. Hj. Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Sri Gading iaitu En. Ahmad Fuad Bin Sarbini. Sebanyak 84 acara telah dipertandingkan dalam kejohanan tersebut. Johan keseluruhan bagi Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke 47 telah disandang oleh SK Seri Rejo Sari. Tahniah diucapkan kepada dua orang peserta dari SK Jelotong yang berjaya meraih pingat dalam kejohanan tersebut.
Nama Kejayaan Acara
Amirul Hakim Bin Amlan Pingat Emas Lompat Jauh (L B10)
Muhammad Zihkry Aifiq Bin Ahkial Pingat Gangsa 100M (L B10)
Setelah 2 tahun SK Jelotong menjadi tuan rumah, amanah tersebut telah diberikan kepada SK Pintas Raya untuk menjadi tuan rumah bagi Tahun 2015/2016. Bendera kejohanan telah diserahkan oleh Guru Besar SK Jelotong, En. Ramlan Bin Mamat kepada Guru Besar SK Pintas Raya, En. Ismail Bin Ahmad. Acara kejohanan tersebut diakhiri dengan nyanyian Negaraku dan tamat kira-kira jam 12.30 tengahari.
Sabtu, 15 Februari 2014
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2014
Sabtu, Februari 15, 2014
No comments
15 Februari 2014 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada hari Sabtu yang lalu bertempat di kantin SK Jelotong. Majlis telah berjalan dengan lancar dengan beberapa aktiviti seperti perarakan dari Sekolah Agama ke SK Jelotong, bacaan ayat Al-Quran daripada adik Muhammad Muaz B. Abd Aziz, penyampaian cenderahati dan hadiah serta jamuan. Turut diundang untuk menyampaikan ceramah ialah Cik Norliah Bt. Kasmuri, Pegawai Tadbir Daerah Pontian dari Yayasan Pembangunan Keluarga. Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan lagu "Rindu Muhammadku" daripada murid-murid Prasekolah Gemilang dan Qasidah " Ya Hanana" daripada murid-murid Tahun 4 Cemerlang.
Selasa, 21 Januari 2014
Bantuan Persekolahan RM100 / 2014
Selasa, Januari 21, 2014
No comments
20 Januari 2014 - Bantuan Persekolahan RM 100 telah diadakan pada hari Isnin bertempat di kantin sekolah. Wang bantuan telah diedarkan oleh guru-guru kelas kepada para ibu bapa yang hadir. Program berjalan dengan lancar dan ibu bapa dibenarkan untuk membawa anak-anak mereka pulang selepas menerima wang bantuan.
Ahad, 19 Januari 2014
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 / 2014
Ahad, Januari 19, 2014
No comments
17 Januari 2014 - Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 telah diadakan pada hari Jumaat bermula jam 2.30 petang. Majlis telah dirasmikan oleh wakil Yang Berhormat Datuk Hj. Ab Aziz B. Hj. Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Sri Gading iaitu En. Ahmad Fuad Bin Sarbini. Turut hadir ialah Tn. Hj. Abd Kadir B. Abdul Rahim, Yang Di Pertua PIBG SK Jelotong. Persidangan Mesyuarat telah dimulakan pada pukul 4.30 petang dan pelbagai agenda telah dibentangkan. Majlis telah berjalan dengan lancar dan diserikan lagi dengan persembahan Tarian Zapin daripada Kelab Seni Budaya SK Jelotong. Majlis berakhir pada pukul 6.00 petang selepas sesi Cabutan Bertuah.
Langgan:
Catatan (Atom)








































